Razib Salimin

Mohd Razib Salimin ialah seorang pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi Malaysia.[1] Beliau pernah menimba pengalaman sebagai jurulatih pasukan polis untuk latihan bersenjata, kawad dan seni mempertahankan diri dari 1979 hingga 1993. Razib kini menguruskan syarikat lagak ngeri sendiri iaitu MRS Stuntmaster.[2]